Ajak (Chubb-E), seorang pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain. Kimi (Fariz Iskandar) sering menjadi mangsa buli. Satu hari Ajak tak lena tidur, bilik dia didatangi seorang nenek kebayan bertongkat. Nenek kebayan mengganggu setiap penghuni hostal yang ada di dalam bilik. Nenek kebayan mengetuk katil satu persatu dan mengira setiap pelajar yang dah tidur. Nenek kebayan perasan yang ajak belum tidur. Ajak menggigil ketakutan lalu berlari keluar bilik sambil menjerit. Satu hostel kecoh dengan cerita nenek kebayan. Pelajar lain menganggap bahawa apa yang terjadi pada Ajak adalah satu balasan kerana sering membuli Kimi.
Johan (Syazwan Zulkifly) seorang lelaki yang suka memancing. Satu hari dia balik memancing, isterinya Munirah (Nazeera Sardi) duduk di satu sudut dan dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. Munirah sering diganggu satu lembaga yang selalu datang kerumahnya. Lembaga itu bukan hanya mengganggu Munirah tapi bertukar rupa menjadi seperti Munirah untuk menggoda Johan.
Faridah, seorang wanita yang mendambakan kecantikan sanggup memilih jalan sesat demi kecantikan. Tanpa diduga, dia melanggar pantang dan wajahnya menjadi hodoh. Setelah itu dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran untuk memulihkan semula wajah hodohnya itu.
Azri (Adam Shahz) telah bertemu dengan Laila (Anna Jobling) di kawasan air terjun. Azri mula terpikat dengan kecantikkan Laila dan mereka berdua dengan jatuh hati. Cinta Laila terlalu kuat sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Alice (Daniella Sya) telah dirogol dan dibunuh dengan kejam sekali. Tunang Alice tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Roh Alice yang tidak tenteram berbaju merah mula memburu perogolnya.
Pak Kasim (Kazar Saisi) membela hantu raya bertujuan untuk menjaga tanahnya. Pada satu hari, Pak Kasim keluar untuk menjerat ayam hutan. Hantu raya Pak Kasim telah menyamar menjadi Pak Kasim. Isterinya Zubaidah (Sabrina Ali) tidak pernah mengetahui tentang rahsia Pak Kasim.
Mengisahkan tentang 3 orang rakan yang menyewa rumah dengan hanya RM100. Rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tetapi mereka diganggu makhluk yang tak diundang. Satu persatu kejadian berlaku. Salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta dengan hantu rumah sewa tersebut. Sanggup nak paku tengkuk Pontianak. Kononnya supaya Cik Pon tu bertukar jadi perempuan cantik.
Fara (Janna Nick), seorang gadis yang mempunyai masalah mental dan telah bertunang. Sebulan lagi majlis nikah mereka, tunangnya pula mencari alasan untuk memutuskan hubungan mereka. Tunang Fara berlaku curang dan mereka tidak jadi berkahwin. Fara tinggal bersama rakannya yang bernama Sara (Nesa Idrus). Sara ingin membantu Fara untuk menenangkan diri dan telah menempah bilik hotel untuk mereka berdua. Hari sepatutnya mereka bercuti, Sara pula tak dapat bercuti dnegan Fara. Ikutkan Fara tak nak pergi berseorang. Tapi Sara janji akan pergi juga teman Fara. Ketika menuju ke bilik hotel. Fara rasakan sesuatu tapi dia tak ambil peduli dan terus masuk ke dalam bilik hotel. Si merembahkan diri atas katil kerana terlalu penat.
Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah diperkosa dan dibunuh beramai ramai oleh sekumpulan lelaki. Dia telah menjelma menjadi langsuir dan membalas dendam. Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Mengisahkan tentang tradisi orang dulu yang memotong kepala manusia untuk pemujaan dan ditanam di kawasan pembinaan sebagai tiang utama bangunan tersebut. Hantu takde kepala kemudian mengetuk pintu rumah mereka yang memotong kepalanya kerana mahukan kepalanya semula.
Sekumpulan remaja yang berkumpul untuk aktiviti tambahan sekolah mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang dari mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.
Siti (Natasha Elyzza), seorang gadis kampung yang masih muda menawarkan diri untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah banglo mewah. Tanpa dia sedar, penghuni rumah Siti bekerja itu sebenarnya telah lama mati dibunuh.
Amri (Zahiril Adzim) mengikuti kekasihnya Maria (Bella Astillah) untuk pulang ke kampungnya di Sabah berjumpa dengan ibu Maria. Pada satu malam, Amri telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.
Semasa memancing, Zaini (Amerul Affendi) dan rakannya telah menemui sebuah dulang ancak yang dihanyutkan untuk membuang saka terapung di atas permukaan air. Senyap-senyap Zaini mengambil sesuatu dari dalam dulang tersebut iaitu cincin. Kemudian, tanpa diduga Zaini berubah dan sesuatu telah berlaku pada dirinya.
Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat "Ulek Mayang" yang muncul dan membawa petaka kepada mereka.
Mengisahkan tentang 2 Orang Youtuber yang Tersesat di dalam hutan. Mereka kemudian diselamatkan oleh suku kaum temuan orang asli. Salah seorang daripada mereka dihantui oleh roh nenek yang masih merayau akibat tidak menjaga adab masuk hutan.
Gopal (P Jaegan) dan isterinya Kavita (Jasper Supayah) bersama dua orang anaknya Shanti dan Sashi telah berpindah sebuah banglo lama di Estet, tempat baru Gopal. Semasa tinggal di Rumah Banglo itu, pelbagai kejadian Mistik dan perkara Aneh berlaku. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram.
Sufian (Fizz Fairuz) merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual 'Topeng Barongan' milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.
Zana (Janna Nick) telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh ketika melalui jalan tersebut. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya serta merungkai sebuah rahsia yang tersimpan sekian lamanya.
Susan (Nina KSC) & Gary (Kahoe Hon) merupakan pasangan yang ceria dan bahagia. Namun suatu hari Susan ditemui mati tergantung di hadapan rumah bersama sepucuk nota bunuh diri.
Sumpahan Seroja yang difitnah dan dihukum mati di Pohon Beringin membawa malapetaka kepada seluruh kampung. Sejak kejadian itu pohon beringin itu menjadi tempat menghantar ancak untuk menjamu penunggu itu.
Sepasang penuntut yang sedang mengkaji asal usul jenglot tidak menyedari mereka semakin hampir dengan bahaya yang besar. Jenglot yang disangka mitos itu muncul merebut raga yang baru.
Mohini jelmaan wanita mati bunuh diri setelah hubungan cintanya tidak kesampaian. Sejak dari itu roh gentayangan itu mencari mangsa sebagai penganti kekasihnya untuk cinta mereka yang tidak kesampaian.
Saddam (Razman Mahayuddin) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan kembali pulang ke rumah untuk meminta jarinya yang tidak sempurna. Seluruh kampung dihantui hantu tanpa jari yang mengetuk pintu mereka.
Tiga sahabat yang ingin ke Kuala Lumpur memilih untuk melalui jalan Karak lama untuk mengelak kesesakan. Namun ketika melalui jalan tersebut mereka menempuhi pengalaman yang menyeramkan.
Hani (Neera Azizi) dan teman lelakinya telah melakukan pengguguran bayi berkali-kali dengan bantuan seorang bidan kampung. Namun kelakuan buruk mereka kali ini membawa padah apabila janin itu tidak ditanam dengan betul.
Seorang pemuda yang nakal mendapat balasan apabila dia terperangkap di dalam Kellie’s Castle pada waktu malam. Gangguan demi gangguan sebagai balasan kejahatan yang dia lakukan.
Hafizullah yang merasa tertipu dengan khidmat seorang bomoh untuk mendapatkan jawatan telah membunuh bomoh itu dengan kejam. Sejak kejadian itu hidupnya sentiasa dihantui jelmaan bomoh tersebut.
Ridhwan memutuskan untuk memecahkan sebuah busut besar yang ada di kebunya telah mengundang amukan dari jembalang tanah yang tinggal di situ. Satu-persatu nyawa ahli keluarganya menjadi buruan.
Kehadiran hantu kopek telah menimbulkan kerisauan penduduk kampung apabila anak-anak menjadi sasaran dan hilang disorok hantu tersebut. Kehilangan Fafa memaksa Pak Mad untuk bertindak melawan makhluk itu.
Jasmine yang kemurungan setelah kematian anak sulungnya membeli sebuah boneka yang comel. Namun tanpa disedari boneka itu adalah boneka puaka yang diperbuat daripada tuala wanita terpakai.
Perniagaan Nora mula terganggu apabila wujud gerai baru bersebelahan gerainya. Semakin hari keadaan semakin teruk sehingga mereka menemukan belalang pelesit yang muncul di gerai mereka.
Kila bergegas pulang ke kampung setelah mendapat berita kematian neneknya seorang bidan tersohor. Pelbagai cerita aneh didengari Kila mengenai neneknya dan tanpa dia sedari sesuatu sedang menunggunya.
Walaupun jasad Bidan Nek Nah telah mati namun ilmunya masih hidup. Kila yang terbelenggu mewarisi ilmu neneknya telah mengamalkan ilmu tersebut secara tidak sengaja.
Uzair yang cemburu dengan kebolehan sahabatnya Asmawi yang boleh melihat makhluk halus dari kecil ingin melakukan upacara membuka hijab. Mamat membawanya berjumpa seorang dukun untuk mencapai cita-citanya.
Menyesal dengan perbuatanya itu, Uzair ingin pulang ke kampung nenek angkatnya untuk meminta bantuan. Namun tanpa Uzair sedari Nek Mun sebenarnya telah meninggal dunia.
Terpaksa menerima keadaan dirinya yang kini boleh meilihat makhluk halus Uzair menggunakan kelebihan itu sebaiknya dengan membantu "makhluk" yang bergentayangan melunaskan urusan mereka.
Uzair bekerjasama dengan seorang detektif cuba membantu Umaira sorang gadis polos yang disangka membunuh diri namun sebenarnya adalah tumbal pada sebuah upacara peyembahan.