Home / Series / She Was Pretty (MY) / Aired Order /

All Seasons

Season 1

  • S01E01 Gadis Tersembunyi

    • June 23, 2022
    • Viu

    Disebabkan tidak mahu cinta pertamanya, Haniff kecewa dengan penampilannya yang tidak secantik zaman kanak-kanak, Nadia meminta kawan baiknya, Kejora berpura-pura menjadi dirinya.

  • S01E02 Bos Dari Neraka

    • June 23, 2022
    • Viu

    Nadia dapat tahu bahawa Haniff ialah majikan barunya. Hidup Nadia haru-biru kerana harus menyembunyikan identiti dirinya daripada Haniff di samping mengenali pekerjaan barunya.

  • S01E03 Kaki Kanan Dulu

    • June 23, 2022
    • Viu

    Nadia mula sedar Haniff yang dikenalinya tidak lagi seperti dulu dan tekanan di The Most membuatnya hampir berputus asa. Kejora pula tersepit kerana Haniff mula merapati dirinya.

  • S01E04 Kesilapan Besar

    • June 30, 2022
    • Viu

    Nadia mula hilang sabar dengan Haniff selepas satu inside dan Ashraf menjadi pendengarnya. Sementara itu, Kejora cuba menjauhi Haniff tetapi keadaan membawa mereka lebih dekat.

  • S01E05 Payung Merah

    • June 30, 2022
    • Viu

    Nadia mendapati yang The Most berdepan risiko untuk dibubarkan. Ashraf menyedari ada suatu rahsia antara Nadia dan Haniff manakala Kejora mula jatuh cinta kepada Haniff.

  • S01E06 Encik Bawang

    • July 7, 2022
    • Viu

    Nadia meminta bantuan Ashraf dan kini berhutang tiga permintaan dengannya. Haniff mula melihat Nadia dalam cara yang berbeza dan Kejora pula mengambil keputusan untuk mengikut kata hati.

  • S01E07 Geng Lanyard

    • July 7, 2022
    • Viu

    Nadia dan Haniff jelas canggung apabila terpaksa pergi ke Desaru bersama-sama atas urusan kerja. Kejora memberitahu Haniff yang dia mahukan hubungan yang lebih dari kawan.

  • S01E08 Kenangan Lama

    • July 14, 2022
    • Viu

    Ashraf mengaku dia sukakan Nadia namun Nadia hanya menganggapnya sebagai gurauan. Haniff pula berperang dengan emosinya yang sering terganggu apabila melihat Nadia.

  • S01E09 Ulang Tahun ke-20

    • July 14, 2022
    • Viu

    Nadia kembali ke The Most dengan wajah baru. Kumpulan editorial The Most menganjurkan part ulang tahun ke-20 majalah tersebut tetapi Haniff tidak kelihatan.

  • S01E10 Pembohongan Besar

    • July 21, 2022
    • Viu

    Nadia akhirnya mengetahui cerita sebenar di sebalik kemalangan Ashraf. Kejora pula bertekad untuk menamatkan penipuannya.

  • S01E11 Nadia Sebenar

    • July 21, 2022
    • Viu

    Kejora cuba memohon maaf kepada Haniff kerana penipuannya, namun Haniff enggan terima. Nadia menyedari bahawa Kejora menyimpan perasaan terhadap Haniff dan mula menjauhkan diri dengan Haniff.

  • S01E12 Tempat yang Baik

    • July 28, 2022
    • Viu

    Ashraf kembali untuk menyiapkan edisi ulang tahun The Most. Kejora mahu Nadia jujur dengan perasaannya terhadap Haniff. Tekanan kerja semakin memuncak dan Haniff mula merasai kesannya.

  • S01E13 Adakah Ini Pengakhirannya?

    • July 28, 2022
    • Viu

    Situasi menjadi tegang apabila kumpulan editorial mendapati yang The Most Malaysia mungkin ditutup dan Haniff telah menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan mereka.

  • S01E14 Naib Presiden Baru

    • August 4, 2022
    • Viu

    Ashraf mengajak Nadia keluar untuk menghabiskan masa dengannya. Kumpulan editorial mula meneka-neka siapakah timbalan presiden terbaru. Haniff berjumpa dengan Ten, penulis yang identitinya selama ini dirahsiakan.

  • S01E15 Saya Ten

    • August 4, 2022
    • Viu

    Identiti penulis terkenal, Ten akhirnya didedahkan. Haniff melamar Nadia, tetapi Nadia ingin tunggu setahun sebelum mereka berkahwin.

  • S01E16 Bahagia Selamanya

    • August 4, 2022
    • Viu

    Selepas setahun, Nadia berjaya menerbitkan buku kanak-kanak bersama kumpulan penulisnya. Haniff dan Nadia teruja dengan majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan datang.