Home / Series / Entitled / Aired Order /

All Seasons

Season 1

  • S01E01 Krisis Keluarga

    • November 30, 2023
    • Prime Video

    Musibah melanda Siddiq membuka medan perlumbaan di antara anak-anaknya, Erfan dan Dannial bagi menentukan siapa peneraju baru syarikat keluarga mereka. Tapi siapa Hamzah, dan apa dendamnya?

  • S01E02 Putera Mahkota

    • November 30, 2023
    • Prime Video

    Taktik kotor Erfan dibalas Dannial dengan ‘senjata’ yang cantik dan berbakat. Siddiq dan Amira bekerjasama dengan polis untuk menjejak Hamzah. Hamzah pula mendekatkan diri dengan Mariam.

  • S01E03 Bermulanya Pertarungan

    • December 7, 2023
    • Prime Video

    Pujukan Elis berjaya menyatukan Erfan dan Dannial demi menjayakan gala amal tahunan Kergara Group. Namun tetamu yang tidak diundang mengambil kesempatan mendedahkan satu skandal hangat.

  • S01E04 Dahulu dan Sekarang

    • December 7, 2023
    • Prime Video

    Mariam berdepan dengan rahsia lama yang membelah bahagi kasih sayangnya. Pertelagahan adik-beradik, Erfan dan Dannial akhirnya meletus.

  • S01E05 Anak Derhaka

    • December 14, 2023
    • Prime Video

    Erfan mengambil keputusan mengejut, manakala Dannial patah hati apabila tembelang Natasya pecah. Keluarga Siddiq berpecah belah bila Hamzah mula bertindak.

  • S01E06 Benar Walaupun Pahit

    • December 14, 2023
    • Prime Video

    Suara hati Erfan dan Dannial memberontak bila Siddiq cuba melaga-lagakan mereka. Hamzah pula bertindak lebih agresif selepas Siddiq berjaya mematahkan serangannya.

  • S01E07 Pertimbangan

    • December 21, 2023
    • Prime Video

    Keluarga mana yang menjadi pilihan? Siapa ikhlas dan siapa bermuka-muka? Kesetian semua diuji oleh obsesi Siddiq dan si kepala gangster, Hamzah.

  • S01E08 Air Dicincang Takkan Putus

    • December 21, 2023
    • Prime Video

    Erfan dan Elis, Dannial dan Natasya, akhirnya membina jalan baru. Namun kejayaan mereka diancam oleh kemarakan api dendam. Siapa yang akan muncul juara? Siapa akan terkambus selamanya?