Rajin pula Mas datang melawat makcik kat kampung kebelakangan ni. Ada sebab lain ke?
Tiap kali Mas ajak Jebat berborak ada saja alasan dia jual mahal dengan Mas.
Pengalaman pahit yang menimpa keluarga Jebat semasa dia kecil menjadikan sejarah hitam dalam hidupnya.
Apa yang Jebat dah lakukan? Betul ke dia yang mencuri duit tabung surau?
Jebat ni memang tak suka perempuan ke? Dia buat tak tahu je bila Mastura cuba nak pikat dia.
Orang yang susah nak dapat lagi berharga, betul ke?
Hannah mula mengetahui tentang Mastura yang sukakan Jebat, dia pergi berjumpa dengan Jebat untuk memberitahu supaya Jebat jangan layan Mastura.
Jebat terpaksa berjumpa dengan Mastura kerana dia mahukan penjelasan kenapa Mastura memberitahu Hannah yang dia nak berkahwin dengan Jebat.
Mastura gunakan kesempatan insiden terjun kolam untuk merapatkan hubungan dia dengan Jebat.
Jebat marah kan Mastura kerana menipu dia mengatakan dia tidak tahu berenang untuk selamatkan diri dia semasa terjun ke kolam.
Jebat sedar akan kesilapan dia menampar Mastura dan dia meminta maaf daripada Mastura, tetapi Mastura seperti tidak melayan Jebat.
Perasaan ingin tahu menyebabkan Aryan kembali berjumpa dengan Jebat. Dia merasakan Jebat adalah orang yang pernah menembak dia dahulu semasa menyiasat satu kes.
Sukanya Mastura, dapat juga hadiah bunga dari Jebat.
Bunga 3 kuntum yang Jebat bagi pada Mastura tu ialah sebagai tanda memohon maaf, tapi Mastura pula terima dengan maksud yang lain.
Bapa angkat Jebat jatuh sakit, dia memanggil Jebat berjumpa dengannya untuk memberitahu supaya Jebat berkahwin dengan Airen.
Tan Sri mendapat tahu hubungan Mastura dengan Jebat, untuk mengelakkan Mastura pergi berjumpa dengan Jebat dia telah mengarahkan Mastura berhenti kerja dan tidak boleh keluar dari rumah sesuka hati.
Mastura mendapat tahu dia akan ditunangkan dengan Aryan, dia mula mogok lapar.
Kak Ana berikan kata putus kepada Jebat untuk berkahwin dengan Mastura selepas dia keluar dari hospital. Jebat pula merasakan diri dia tidak setaraf dengan keluarga Mastura.
Aryan merasakan dirinya tertipu bila Tan Sri terpaksa memutuskan pertunangan Mastura dengan dia. Kak Ana pula cuba memujuk Tan Sri untuk menerima Jebat sebagai suami Mastura.
Aryan masih merasa tidak puas hati dengan keputusan Tan Sri. Dia berjumpa dengan Mastura untuk cuba mengetahui kenapa Mastura enggan berkahwin dengan dia.
Akhirnya Tan Sri membuat keputusan untuk menikahkan Jebat dengan Mastura tetapi dengan syarat nikah khitbah.
Jebat dan Mastura melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi mereka diberi syarat untuk tidak tinggal bersama sehingga Tan Sri memberi izin.
Jebat mula rasa bersalah merahsiakan tentang tatoo yang ada di badan dia. Mastura ajak Jebat teman kan dia hadir ke satu majlis makan malam.
Insiden pergaduhan antara Jebat dengan seorang Dato' di majlis menyebabkan Jebat sedar yang dia amat mencintai Mastura dan mahu melindungi Mastura.
Perkahwinan antara Jebat dengan Mastura menjadi bahan mulut orang kampung pula.
Airen mendapat tahu Jebat sudah berkahwin dengan Mastura.
Tiger dengan Airen muncul di rumah Tan Sri untuk berjumpa dengan Jebat, mereka berpura-pura mengatakan mereka ialah sepupu Jebat.
Tiger dan Airen cuba untuk melagakan Jebat dengan Mastura dan buat mereka bergaduh.
Jebat rasa tidak senang dengan kedatangan Tiger dan Airen, dia mengajak Mastura balik ke kotej tempat dia berkerja.
Ari memberitahu Tan Sri yang Jebat ialah bekas ketua gangster.
Mastura serba salah kerana Tan Sri nak belikan mereka rumah, dia merasakan Jebat tidak akan bersetuju dengan hal tersebut.
Eirin pergi berjumpa dengan Jebat di kotej untuk memujuk Jebat menerima dia kembali, tetapi Jebat menolak dengan alasan dia sudah berubah.
Mastura merasa pelik kenapa Jebat tidak mahu buka bajunya di hadapan Mastura. Jebat terpaksa menipu kerana tidak mahu Mastura tahu yang badannya ada tatto.
Kakak Mastura cuba untuk memujuk Jebat menerima tawaran Tan Sri sebuah rumah untuk dia dan Mastura.
Akhirnya Jebat menunjukkan tatto di badannya kepada Mastura.
Aryan berjaya mendapat maklumat tentang kegiatan Jebat dahulu dari seorang peniaga kedai. Dia memberitahu dahulu Jebat adalah ketua kepada gangster "Double Dragon".
Mastura merajuk dan pergi tinggal di rumah Tan Sri. Jebat datang ke sana cuba untuk memujuk Mastura.
Mastura masih tidak boleh menerima Jebat setelah mendapat tahu kebenarannya.
Jebat mengambil keputusan menghalau Eirin dari rumah pusaka yang diberikan oleh ayah angkat Jebat kepadanya.
Jebat memutuskan untuk membuang tatoo di badannya.
Pergolakan rumahtangga Jebat dengan Mastura semakin berat, Jebat cuba meyakinkan Mastura bahawa dia telah berubah, Mastura pula masih rasa sakit hati dengan Jebat.
Jebat terkejut bila Uwais sebenarnya selama ini tahu yang Jebat pernah membuat cubaan untuk membunuh Hanna.
Jebat dan Mastura akhirnya berbaik semula. Mastura minta Jebat agar jangan lagi berahsia dengan dia.
Jebat membawa Mastura berjumpa dengan ayah angkatnya. Eirin pula tidak dibenarkan keluar dari rumah oleh ayahnya. Tiger pula kalah judi di Hong Kong dan perlukan 5 juta ringgit.
Jebat menyatakan hasratnya untuk membuang tatto di badannya kepada Mas.
Akhirnya Tiger dapat tahu yang sebenarnya orang bawahan dia yang mengumpan dia untuk berjudi dengan Liew dan menyebabkan dia berhutang sebanyak 5 juta.
Kali ini kakak Mastura pula tidak dapat menerima hakikat bahawa Jebat ialah bekas ketua gangster.
Kenapa pula Mak We telefon dan suruh Mastura dan Jebat balik ke rumah Tan Sri secepat mungkin?
Tan Sri mendapat tahu Jebat merupakan bekas ketua gangster, dan dia amat marah dan tidak mahu menerima Jebat sebagai ahli keluarga dia.
Tiger masih mencuba untuk mendapatkan kasih Eirin tetapi Eirin tetap mahu mencuba untuk mendapatkan Jebat kembali.
Jebat dan Tiger kini di dalam penjara. Eirin memberikan bukti kepada pihak polis dalam satu kes di Hong Kong yang menunjukkan Jebat tidak bersalah.
Jebat keluar dari rumah Eirin dan balik ke rumah dia untuk berjumpa dengan Mastura.
Mastura mempertahankan Jebat sebagai suami dia dari Eirin yang masih mengganggu dia untuk mendapatkan balik Jebat.
Uwais merasa kecil hati dengan Tan Sri bila Tan Sri mula mengungkit hal-hal yang lalu yang membuatkan Uwais merasakan dirinya tidak ada maruah.
Aryan cuba untuk membawa Jebat kembali ke penjara walaupun mahkamah telah menolak pertuduhan terhadap Jebat, Uwais cuba menghalang, Tan Sri pula tiba-tiba jatuh sakit.
Tiger akhirnya mengaku semua kesalahan dia, dan Jebat didapati tidak bersalah. Kakak Mastura mula menerima Jebat sebagai adik ipar dia.
Eirin terlalu kecewa, cuba untuk membunuh Jebat.
Jebat kena tembak? Eirin menjadi kurang siuman dan dimasukkan ke hospital. Aryan akhirnya memohon maaf dari Jebat atas segala apa yang telah dia lakukan terhadap Jebat. Jebat dan Mastura mendapat cahaya mata mereka.
Jebat kena tembak? Eirin menjadi kurang siuman dan dimasukkan ke hospital. Aryan akhirnya memohon maaf dari Jebat atas segala apa yang telah dia lakukan terhadap Jebat. Jebat dan Mastura mendapat cahaya mata mereka.