BoBoiBoy dan Maripos telah terperangkap dalam cengkaman Reramos, dan rancangan jahat maharaja yang kejam itu untuk menguasai minda penduduk planet Windara menggunakan kuasa Kuputeri kini di ambang kejayaan. Adakah kawan-kawan BoBoiBoy akan berjaya menyelamatkan mereka sebelum semuanya terlambat?