Pertemuan Ainin dengan Haji Marzuki dan Hajah Fauziah buat pertama kalinya telah menambat hati mereka lebih-lebih lagi Ainin lulus ujian memasak. Ainin diminta memasak masakan asam pedas, yang merupakan makanan kegemaran mereka sekeluarga terutamanya Ahmad Ziyad. Namun bahan-bahan tersebut telah disediakan oleh Ahmad Ziyad seperti udang, terung, bendi, tomato, bawang, serai, cili kering dan daun kesom. Pada mulanya Ainin pelik melihat hanya udang sahaja dalam beg plastik, dia beranggapan keluarga Hajah Fauziah suka makan asam pedas udang, di mana jarang orang suka makan. Ainin masak menggunakan bahan yang ada, maka terhasillah asam pedas sayur-sayuran dan udang goreng. Biarpun diterima bekerja namun Ainin Sofiya mengenakan beberapa syarat pada Hajah Fauziah dan Haji Marzuki. Tanpa berfikir panjang, Hajah Fauziah bersetuju dengan syarat Ainin Sofiya tanpa menunggu kata putus dari Ahmad Ziyad.
Name | Type | Role | |
---|---|---|---|
Nureen Mirza | Writer | ||
Feroz Kader | Director |